dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Taklimat Negeri Perlis Sempena Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Perbendaharaan

5 September 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 4 September 2016, telah berlangsung Taklimat Negeri Perlis Sempena Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar Selatan. Program ini dijalankan sempena lawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan ke Kampung Padang Besar Selatan yang telah menjadi Desa Lestari. Selain itu, PI menjadi tempat untuk agensi-agensi membentangkan bajet-bajet dan projek terbaru di sekitar negeri Perlis kepada KSU.

Program bermula dengan ucapan YB Tuan Haji Nasaruddin Bin Abdul Muttalib, Pegawai Kewangan Negeri Perlis. Seterusnya, pembentangan dari agensi-agensi tentang bajet dan projek yang bakal terlaksana di sekitar negeri Perlis. KSU dan VIP-VIP juga melawat booth usahawan dari penduduk sekitar Kampung Padang Besar Selatan.

Antara VIP yang hadir adalah YBHG. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Bin Abdullah (Ketua Setiausaha Perbendaharaan), YBHG. Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore bin Mohd Yusof (Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri) dan YB Tuan Haji Nasaruddin Bin Abdul Muttalib (Pegawai Kewangan Negeri Perlis). Menerusi program seperti ini, ia dapat mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran.

Selain itu, aktiviti ini dijalankan bagi memeriahkan program-program yang dianjurkan komuniti serta melibatkan kakitangan PI. Staf Pusat Internet juga dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama dan silahtulrahim PI dengan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.