dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Jom Imarah Masjid Di Masjid Al-Firdaus Pdg Besar Selatan

7 Februari 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Februari 2016 jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Masjid Al-Firdaus Padang Besar Selatan telah berlangsung Program Jom Imarah Masjid yang merupakan kerjasama bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis. Aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak Tabika KEMAS, Pertandingan Hafazan, Pertandingan Azan, Kursus Sembelihan dan Kursus Pengurusan Jenazah. Penyertaan bagi setiap aktiviti ini juga adalah percuma dan disertakan dengan sijil. Para peserta yang terlibat terdiri daripada penduduk setempat dan warga Perlis sendiri.

Selain itu terdapat juga pameran yang dijalankan antaranya dari Pusat Internet 1 Malaysia dan PTPTN. Terdapat juga aktiviti yang dijalankan oleh pihak Pusat Internet 1 Malaysia iaitu Pameran Klik Dengan Bijak, Pendaftaran Keahlian Percuma dan E-Waste. Melalui aktiviti ini, selain dapat menambahkan pengetahuan para peserta tentang ia dapat merapatkan lagi jurang antara komuniti setempat dengan Pusat Internet 1 Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.