Kelas Masakan Katering bersama KEMAS
14 Disember 2016 | Aktiviti TerkiniPada 13, Disember 2016 bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar Selatan, Kuala Perlis telah berlangsung Kelas Masakan Katering bersama KEMAS. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih komuniti dalam bidang masakan katering dalam kuantiti yang banyak. Melalui kelas ini, peserta dilatih untuk memasak mengikut resepi dan prosedur yang ditetapkan untuk menjamin hasil masakan yang sedap dan bersih.
Sepanjang aktiviti ini, para peserta telah diajar memasak beberapa masakan lauk kenduri seperti, mee goreng, daging masak asam dan nasi minyak. Aktiviti seperti ini dapat membantu untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pembelajaran ICT. Menyediakan kepelbagaian aktiviti dan pertandingan menarik semasa program ini berlangsung dapat menarik minat komuniti dari pelbagai peringkat umur.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: