dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

NADI Esukan LMS - GROWTH MINDSET UNTUK PEMAIN E-SUKAN

3 Mei 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 02 May 2026, telah berlangsung NADI eSukan LMS - GROWTH MINDSET UNTUK PEMAIN E-SUKAN. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 10:30 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.

Sepanjang kelas ini berlangsung, peserta memahami mengenai growth mindset iaitu percaya skill boleh dipelajari, kesilapan sebagai peluang belajar, fokus kepada usaha dan proses, terbuka kepada teguran dan sentiasa mahu improve. Selain itu, peserta memahami mengenai fixed mindset seperti percaya skill adalah tetap, takut buat kesalahan, mudah putus asa, elak cabaran dan susah terima kritikan. Seterusnya, peserta memahami kepentingan growth mindset contohnya membantu perkembangan skill, tingkatkan ketahanan mental, kurangkan tekanan selepas kalah, membina disiplin latihan dan penting untuk jangka panjang. Akhir sekali, peserta mengetahui sikap pemain growth mindset iaitu sabar dalam perkembangan, tidak cepat putus asa, fokus jangka panjang, sentiasa ingin belajar dan positif dalam tekanan.

Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi antara peserta, melatih semangat kerjasama antara pasukan dan membina hubungan baik diantara pihak pengurusan NADI dan komuniti. Selain itu, dapat menggalakan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.