Safe & Shield (KEMPEN INETERNET SELAMAT) - Rompakan Alam Siber : TAC, Panggilan Telefon dan SMS
30 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 29 May 2025, telah berlangsung Safe & Shield (KEMPEN INETERNET SELAMAT) - Rompakan Alam Siber : TAC, Panggilan Telefon dan SMS. Program ini berlangsung secara atas talian dan peserta menonton di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 03:00 petang sehingga pukul 04:00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang program ini berlangsung, Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib memberi penerangan mengenai agenda kelas pada hari ini. Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib memberi penerangan mengenai jenis-jenis scam berkaitan TAC (TRANSACTION AUTHORIZATION CODE) seperti Scam TAC, Scam Panggilan Telefon dan SMS Scam. Selain itu, Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib memberi penerangan mengenai modus operandi scammer, contohnya kenal pasti sasaran, menyamar sebagai pihak berkuasa atau organisasi sah, cipta rasa panik dan mendesak, minta maklumat peribadi atau TAC, lakukan transaksi & curi wang dan hapus jejak. Akhir sekali, Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib memberi penerangan mengenai cara untuk elak daripada menjadi mengsa seperti jangan kongsi TAC / OTP walaupun dengan pegawai bank, jangan klik link SMS yang mencurigakan, Semak nombor telefon di laman rasmi, guna ciri keselamatan tambahan dan lapor kepada pihak berkuasa.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta mengenai Rompakan Alam Siber. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan di antara staf NADI dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: