NADI MAHIR Baiki Gajet sesi 1 - Cara Menukar LCD Telefon Pintar (Curve Edition)
28 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 27 May 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Baiki Gajet sesi 1 - Cara Menukar LCD Telefon Pintar (Curve Edition). Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 11:30 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, peserta menonton teknik professional menukar skrin LCD telefon pintar jenis skrin melengkung. Peserta menonton teknik menukar skrin yang mudah, cepat dan bajet rendah. Peserta dapat mengenal pasti kerosakkan sehingga proses pemasangan skrin yang betul dan selamat. Akhir sekali, peserta dapat menjana pendaptan melalui kemahiran membaiki telefon pintar.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran Baiki Gajet bagi peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: