NADI MAHIR Menjahit sesi 1 - 10
6 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 05 May 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Menjahit sesi 1 - 10. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 11:30 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, guru MAHIR memberikan penerangan kepada peserta tentang cara untuk menghasilkan draf pola baju kurung pesak & kain Kurung. Seterusnya, guru MAHIR menerangkan cara untuk mengukur pola baju menggunakan alatan yg diberikan. Akhir sekali, guru MAHIR menerangkan alatan dan bahan yang diperlukan pada kelas seterusnya.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran menjahit para peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: