dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Safe & Shield (KEMPEN INETERNET SELAMAT) - Program Siri Webinar Kempen Internet Selamat 2025 Siri 6

22 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Jun 2025 2025, telah berlangsung Safe & Shield (KEMPEN INETERNET SELAMAT) - Program Siri Webinar Kempen Internet Selamat 2025 Siri 6. Program ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 03:00 petang sehingga pukul 04:00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.

Sepanjang program ini berlangsung, Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib memberi penerangan mengenai agenda kelas pada hari ini. Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib menceritakan mengenai mangsa-mangsa scam seperti peniaga perabot rugi RM 1.2 juta sertai perniagaan tak wujud, Pensyarah dan pesara rugi lebih RM 500,000 akibat pelaburan palsu dalam talian, surirumah rugi lebih RM 100,000 diperdaya sindiket tawaran kerja tak wujud dan malang berganda tukang kayu apabila wang RM 420,000 lesap, cintanya pula tak kesampaian. Seterusnya, Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib memberi penerangan mengenai modus operandi yang dilakukan oleh scammer, contohnya phishing, scare tactics, drive-by-download dan fake pop-ups. Selain itu, Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib memberi penerangan mengenai cara mengenal pasti laman web berbahaya seperi alamat URL pelik, reka bentuk laman web Nampak pelik atau tidak professional, ejaan dan tatabahasa yang pelik, terlalu banyak iklan pop-up, tiada HTTPS dan minta maklumat sensetif secara tiba-tiba. Akhir sekali, Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib memberi penerangan mengenai Langkah pencegahan seperti jangan klik daripada sumber tak dikenali, semak URL sebelum log masuk, guna antivirus dan pelayar web yang ada ciri keselamatan, akifkan 2FA dan didik diri sendiri, keluarga dan jiran-jiran tentang penipuan digital.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta tentang Safe & Shield (KEMPEN INETERNET SELAMAT). Selain itu, dapat mengeratkan hubungan antara staf NADI, peserta dan pihak Safe & Shield.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.