DiLea Open Live Class Sej
13 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 12 Jun 2025, telah berlangsung DiLea Open Live Class Sej. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 03:30 petang sehingga pukul 04:30 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, guru DiLea memberi penerangan mengenai ciri-ciri Kerajaan Alam Melayu dan ciri-ciri Kerajaan Melayu Melaka. Guru DiLea memberi penerangan mengenai undang-undang yand digunakan oleh sebuah Kerajaan Alam Melayu. Selain itu, guru DiLea memberi penerangan mengenai cara rakyat kerajaan Srivijaya membuktikan kesetiaan kepada pemerintah. Seterusnya, guru DiLea memberi penerangan mengenai sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Antara lain, guru DiLea memberi penerangan mengenai bidang tugas bendahara seperti Ketua Pendtadbir Utama dan Penasihat Sultan. Akhir sekali, guru DiLea memberi penerangan mengenai Hukum Kanun Melakan dan Undang-Undang Laut Melaka.
Dengan adanya kelas seperti ini, dapat menggalakkan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan serta membina hubungan baik diantara staf NADI, pelajar dan pihak DiLea.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: