NADI X ENTERPRENEUR _Webinar Pemasaran Digital eKelas Usahawan Asas Komunikasi Visual (Modul 2)
19 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 18 September 2025, telah berlangsung NADI X ENTERPRENEUR Webinar Pemasaran Digital eKelas Usahawan Asas Komunikasi Visual (Modul 2). Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 02:30 petang sehingga pukul 4:30 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang Webinar ini berlangsung, Encik Azhar memberi penerangan mengenai apa itu media digital. Encik Azhar turut memberi penerangan mengenai contoh-contoh media digital seperti audio, video dan imej. Seterusnya, Encik Azhar memberi penerangan mengenai evolusi media dalam pemasaran seperti masa awal pemasaran, revolusi digital, zaman medai peranti mudah, hala tuju masa depan dan aliran semasa. Antara lain, Encik Azhar memberi penerangan mengenai proses pemasaran digital seperti membina strategi dan pelan, mereka kandungan, implimentasi dan pemantauan dan penilaian. Selain itu, Encik Azhar memberi penerangan mengenai asas fotografi digital seperti memahami peralatan, teknik pencahayaan, teknik komposisi, warna dan kontras. Encik Azhar juga memberi penerangan mengenai asas penciptaan video seperti perancangan pra pencipataan dan teknik merakam video. Akhir sekali, Encik Azhar memberi penerangan mengenai merakam audio berkualiti dan pasca produksi.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta tentang Asas Komunikasi Visual. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan di antara staf NADI dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: