KEMPEN INETERNET SELAMAT (Safe & Shield) - NAK SELAMAT SELALU, MEDIA SOSIAL STOP DULU!
14 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 13 September 2025, telah berlangsung KEMPEN INETERNET SELAMAT (Safe & Shield) - NAK SELAMAT SELALU, MEDIA SOSIAL STOP DULU! Program ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 03:00 petang sehingga pukul 04:00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib menerangkan apa itu media sosial. Selain itu, Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib memberi penerangan mengenai statitik jenayah siber di Malaysia. Seterusnya, Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib memberi penerangan bahaya media sosial kerana boleh menyebabkan ketagihan dan gangguan emosi, penipuan dan scma, buli siber, penerocohan privasi dan sebagainya. Antara lain, Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib menerangkan tanda yang perlu untuk stop iaitu apabila rasa cemas bila tak buka media sosial, gangguan tidur, kurang focus dalam kerja atau pelajaran dan perbandingan sosial yang melampau. Akhir sekali, Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib menerangkan Langkah keselamatan iaitu tetapkan privasi yang ketat, had masa penggunaan, elak Kongsi maklumat peribadi dan lapor kandungan mencurigakan.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta tentang bahaya internet. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan antara staf NADI, peserta dan pihak Safe & Shield.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: