Wellbeing Podcast NADI Care_Sihat Itu Saya Kuasa Kesihatan, Hak Rakyat Malaysia | P050
13 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 12 September 2025, telah berlangsung Wellbeing Podcast NADI Care_Sihat Itu Saya Kuasa Kesihatan, Hak Rakyat Malaysia. Podcast ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 10:30 pagi sehingga pukul 11:30 pagi. Tujuan Webinar ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang Podcast ini berlangsung, Peserta menonton Youtube mengenai Sihat Itu Saya Kuasa Kesihatan, Hak Rakyat Malaysia. Dr. Ismuni bin Bohari, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM berkongsi perjalanan menjaga kesihatan daripada gemuk kepada kurus. Selain itu, Dr. Ismuni bin Bohari menerangkan apa itu maksud sihat fahami badan kita. Akhir sekali, Dr. Ismuni bin Bohari berkongsi perjalanan menjaga kesihatan iaitu mengekalkan BMI selama selama 10 tahun.
Dengan adanya Podcast seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta mengenai penjagaan kesihatan. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: