NADI MAHIR Masak sesi 2 - 8
13 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 12 September 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Masak sesi 2 – 8. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 11:00 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, Guru MAHIR menerangkan mengenai peralatan dan kegunaannya yang perlu untuk pembuatan pizza base seperti mangkuk, spatula, sudip, spray air, sudu dan garfu, kuali dan sebagainya. Selain itu, Guru MAHIR menerangkan mengenai bahan yang diperlukan untuk pizza base iaitu tepung gandum, tepung roti, yis, gula kasar, susu tepung dan sebagainya. Seterusnya, Guru MAHIR menerangkan mengenai cara penyediaan pizza base / tapak pizza. Antara lain, Guru MAHIR menerangkan mengenai bahan-bahan sos pizza iaitu tomato segar, sos cili, sos tomato, oregano, lada hitam, daun bay dan air. Akhir sekali, Guru MAHIR menerangkan mengenai bahan-bahan topping pizza hawaiian chicken, beef pepperoni dan bahan asas utama.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran memasak peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: