Wellbeing Podcast NADI Care_Projek OPPA Memperkasakan Warga Emas | P048
12 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 28 Ogos 2025, telah berlangsung Wellbeing Podcast NADI Care_Projek OPPA Memperkasakan Warga Emas | P048. Podcast ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 10:30 pagi sehingga pukul 11:30 pagi. Tujuan Podcast ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang Podcast ini berlangsung, peserta menonton Youtube mengenai Projek OPPA Memperkasakan Warga Emas. Dr Tengku Amatullah Madeehah – Timbalan Pengarah Projek OPPA, seorang pejuang bipolar menerangkan mengapa kesihatan mental warga emas semakin membimbangkan. Selain itu, Dr Tengku Amatullah Madeehah menerangkan apa yang berlaku dalam bengkel OPPA dan aktiviti menarik bersama warga emas. Seterusnya, Dr Tengku Amatullah Madeehah berkongsi kisah-kisah menyentuh hati yang membuka mata. Akhir sekali, Dr Tengku Amatullah Madeehah berkongsi harapan untuk masa depan warga emas Malaysia.
Dengan adanya Podcast seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta mengenai Projek OPPA. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: