NADI MAHIR Foto sesi 2 - Kelas 3 - 8 : BASIC PHOTOGRAPHY LIGHTING
11 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 September 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Foto sesi 2 - Kelas 3 - 8 : BASIC PHOTOGRAPHY LIGHTING. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 03:00 petang sehingga pukul 04:30 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, Guru MAHIR menerangkan mengenai basic photograpgy lighting iaitu sumber cahaya, kualiti cahaya dan arah cahaya. Selain itu, Guru MAHIR menerangkan mengenai contoh kehidupan sebenar kualiti cahaya dalam fotografi (outdoor) natural light iaitu side lighting, backlighting, sihouetting, translucence, front lighting, even lighting dan mid-day sunlight. Antara lain, Guru MAHIR menerangkan mengenai side light seperti mencipta shadow yang memikat, textures, shape, menampakkan gambar seperti 3D dan mood untuk suasana tersebut. Akhir sekali, Guru MAHIR menerangkan mengenai front lighting iaitu menerangi strukrur jarak dan menghasilkan cahaya dan sangat kaya daripada segi estetika untuk mencipta imej yang menarik.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran fotografi peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: