NADI X CYBERSECURITY : ANCAMAN SIBER DI TEMPAT AWAM LIVE DEMO CARD CLONNING & TRACKER GADGET SLOT 2
25 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 24 Oktober 2025, telah berlangsung NADI X CYBERSECURITY : ANCAMAN SIBER DI TEMPAT AWAM LIVE DEMO CARD CLONNING & TRACKER GADGET SLOT 2. Webinar ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 03:00 petang sehingga pukul 04:30 petang. Tujuan Podcast ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang Webinar ini berlangsung, Cik Maisara menerangkan lebih mendalam mengenai ancaman siber yang mungkin berlaku di sekitar kita, terutamanya di tempat awam. Penekanan utama adalah pada teknik Card Cloning dan penggunaan Tracker Gadget oleh penjenayah siber untuk mencuri data peribadi dan maklumat kewangan tanpa disedari.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta tentang Ancaman Siber Di Tempat Awam Live Demo Card Clonning & Tracker Gadget Slot. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan di antara staf NADI dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: