dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

NADI X ENTERPRENEUR : eKelas Usahawan - Gunakan AI untuk mencipta kandungan yang menarik & pantas! (Modul 3)

24 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Oktober 2025, telah berlangsung NADI X ENTERPRENEUR : eKelas Usahawan - Gunakan AI untuk mencipta kandungan yang menarik & pantas! (Modul 3). Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 11:00 tengah hari. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.

Sepanjang Webinar ini berlangsung, Encik Hanafi Shahrin memberi penerangan mengenai apa itu penulisan kreatif. Encik Hanafi Shahrin turut memberi penerangan mengenai elemen penting dalam penulisan kreatif yang baik contohnya, jelas, menarik, persuasif dan panggilan untuk bertindak. Selain itu, Encik Hanafi Shahrin memberi penerangan mengenai penulisan kreatif menggunakan AI. Seterusnya, Encik Hanafi Shahrin memberi penerangan mengenai mengaplikasikan konsep penulisan copy dengan bantuan Ai seperti memilih platform dan format, kenal pasti tujuan, hasilkan prompt AI, cipta copy dan perhalusi dan personalisasi. Encik Hanafi Shahrin memberi penerangan mengenai pencipta prompt iaitu tujuan copy, kumpulan sasaran, nada dan gaya, nilai tawaran dan seruan untuk bertindak (CTA). Encik Hanafi Shahrin menerangkan sebab menggunakan AI unuk visual iaitu menjimatkan masa dan kos, mempercepat proses kreatif dan boleh digunakan oleh bukan pereka grafik. Akhir sekali, Encik Hanafi Shahrin memberi penerangan mengenai penyesuaian kandungan visual seperti padankan dengan identiti jenama, perhalusi latar belakang, ekspresi, warna dan gunakan elemen lokal.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta tentang kegunaan AI untuk mencipta kandungan yang menarik & pantas. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan di antara staf NADI dan peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.