NADI MAHIR Masak sesi 2 - Grand Finale Cooking Star 2024 / 2025
12 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 11 Oktober 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Masak sesi 2 - Grand Finale Cooking Star 2024 / 2025. Kelas ini berlangsung secara live di saluran Youtube bermula pada pukul 09:00 pagi sehingga pukul 12:30 tengah hari. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang program ini berlangsung, eserta menonton Pertandingan MAHIR MASAK iaitu Grand Finale Cooking Star seramai 9 peserta. Seterusnya, peserta menonton peserta MAHIR MASAK memasak 6 menu yang akan disediakan iaitu cookies, soft cookies, tart, popia bigmac viral, kopi dan moktail. Akhir sekali, peserta menonton acara penilaian dan permarkahan bagi masakan yang disajikan oleh peserta MAHIR MASAK.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran memasak peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: