NADI MAHIR Foto sesi 2 - Kelas 2 – 19
25 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 24 November 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Foto sesi 2 - Kelas 2 – 19. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 11:00 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, Guru MAHIR menerangkan cara untuk menggunakan Tiktok sebagai platform Content Creator iaitu dengan mengikut peraturan SEO di Tiktok. Guru MAHIR menerangkan cara kerja SEO di Tiktok dan bagaimana Tiktok memasukkan sesetengah video tersebut menjadi video FYP.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran videografi peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: