NADI Nurture eKelas - Prompt Engineering untuk Menjadi Karyawan Kreatif & Memperkasa Akademik Anda
15 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 14 November 2025, telah berlangsung NADI Nurture eKelas - Segala Yang Anda Patut Tahu tentang AI & GenAI. Program ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 03:00 petang sehingga pukul 04:30 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencapai road to 1 million ahli NADI.
Sepanjang program ini berlangsung, Cik Alya Batrisya menerangkan mengenai ChatGPT serta cara untuk menggunakannya di web google. Seterusnya, Cik Alya Batrisya menerangkan mengenai Kerangka Prompt Engineering yang serba lengkap iaitu P.A.K.A.R, Pakar, Arahan, Konteks, Aturan Format dan Rintangan. Akhir sekali, pelajar belajar untuk membuat prompt sendiri.
Dengan adanya program seperti ini, dapat memberi pengetahuan kepada peserta mengenai AI serta membina hubungan baik diantara staf NADI dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: