DiLea Open Tuition – SN_F1
14 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 13 November 2025, telah berlangsung DiLea Open Tuition – SN _F1. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 03:30 pm sehingga pukul 04:30 pm. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, Peserta belajar mengenai jenis sel tumbuhan berdasarkan fungsi untuk sel rerambut akar, sel palisad, sel pengawal dan sel epidermis. Selain itu, peserta belajar mengenai cara haiwan mengekalkan homeostasis terhadap peningkatan suhu persekitaran. Seterusnya, peserta belajar mengenai fungsi sistem dalam badan manusia. Akhir sekali, peserta belajar mengenai nama alatan seperti tabung didih, bikar, pipet dan balang gas.
Dengan adanya kelas seperti ini, dapat menggalakkan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan serta membina hubungan baik diantara staf NADI, pelajar dan pihak DiLea.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: