Wellbeing Podcast NADI Care_ Porn Addiction Itu Real – Jangan Normalisasikan Lagi | P058
7 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 06 November 2025, telah berlangsung Wellbeing Podcast NADI Care_ Porn Addiction Itu Real – Jangan Normalisasikan Lagi. Podcast ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 10:30 pagi sehingga pukul 11:30 pagi. Tujuan Podcast ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang Podcast ini berlangsung, peserta menonton Youtube mengenai Porn Addiction Itu Real – Jangan Normalisasikan Lagi. Dr Khadijah Hasanah, Pakar Psikiatri USIM menerangkan mengenai apa sebenarnya ketagihan pornografi dan bagaimana ia mempengaruhi otak. Seterusnya, Dr Khadijah Hasanah berkongsi mengenai siapa yang lebih berisiko: lelaki? wanita? remaja? Selain itu, Dr Khadijah Hasanah berkongsi mengenai kesan kepada perkahwinan, prestasi kerja dan hubungan sosial. Antara lain, Dr Khadijah Hasanah menerangkan kenapa ramai anggap ia “biasa” padahal ia menghancurkan dalam diam. Akhir sekali, Dr Khadijah Hasanah berkongsi langkah rawatan & sokongan untuk keluar dari ketagihan.
Dengan adanya podcast seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta mengenai Porn Addiction. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: