dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Taklimat Rang Undang-Undang oleh MCMC

24 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Januari 2025, telah berlangsung Taklimat Rang Undang-Undang oleh MCMC. Taklimat ini berlangsung secara dalam talian (Microsoft Team). Taklimat ini diberikan oleh pihak MCMC bertujuan untuk memberi memberitahu mengenai rang undang-undang yang baharu. Taklimat ini bermula pada pukul 03:00 petang sehingga pukul 04:00 petang.

Antara penerangan yang diberikan oleh pihak MCMC adalah, Puan Sharifah Sara selaku wakil MCMC memberi penerangkan mengenai isu-isu utama yang perlu ditangani seperti kemudaran dalam talian ke atas kanak-kanak, penipuan, judi dalam talian dan ucapan kebencian. Selain itu, puan Sharifah Sara menerangkan mengenai objek utama pindaan akta komunikasi dan multimedia 1998 (AKTA 588). Seterusnya, puan Sharifah Sara menerangkan mengenai tiga kategori utama pindaan seperti pembangunan industri, keselamatan rangakaian dan pengurusan media baharu. Akhirnya, puan Sharifah Sara menerangkan mengenai lain-lain pindaan akta seperti membenarkan lebih daripada satu forum industri dan mendapatkan semula fi, dsb, sebagai hutang sivil.

Dengan adanya taklimat seperti ini, ianya memudahkan staf untuk mengetahui tentang rang undang-undang yang baharu dengan lebih lanjut. Taklimat ini juga dapat membina hubungan baik di antara staf NADI dan pihak MCMC.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.