Webinar Perancangan Perniagaan & Pengurusan Kewangan
24 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 23 Januari 2025, telah berlangsung Webinar Perancangan Perniagaan & Pengurusan Kewangan. Taklimat ini berlangsung secara dalam talian (Microsoft Team). Taklimat ini diberikan oleh pihak NADI X Keusahawanan bertujuan untuk memberi penerangan mengenai Perancangan Perniagaan & Pengurusan Kewangan . Taklimat ini bermula pada pukul 02:00 petang sehingga pukul 03:30 petang.
Antara penerangan yang diberikan oleh pihak NADI X Keusahawanan adalah, encik Syamil Razak selaku wakilnya memberi penerangan mengenai objektif program iaitu NADI X PRENEUR, NADI X EMPOWHER dan NADI X KIDVENTURE. Selain itu, encik Syamil Razak memberi penerangan mengenai kaedah pelaksanaan NADI PRENEUR dan EMPOWHER. Seterusnya encik Syamil Razak memberi penerangan mengenai perjalanan usahawan iaitu cohort 1 yang akan berlangsung pada bulan Jan – Feb. Akhir sekali, encik Syamil Razak memberi penerangan mengenai objektif perancangan perniagaan serta kondep 4W 1H sebagai perancangan awal.
Dengan adanya taklimat seperti ini, ianya memudahkan peserta untuk mengetahui tentang Perancangan Perniagaan & Pengurusan Kewangan dengan lebih lanjut. Taklimat ini juga dapat membina hubungan baik di antara staf NADI, peserta dan pihak NADI X Keusahawanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: