NADI MAHIR Pertanian Pintar sesi 1 - i
19 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 18 Januari 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Pertanian Pintar sesi 1 - i. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 11:00 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, Cikgu MAHIR telah memberi penerangan dengan lebih lanjut berkenaan modul yang akan diajar sepanjang kursus. Peserta juga belajar cara untuk menggunakan MAHIR Training System (MTS).
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran menggunakan sistem MTS bagi peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: