Colouring Totebag Cartoon
18 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 17 Januari 2025, telah berlangsung program Colouring Totebag Cartoon. Program ini berlangsung di Tadika Islam Perlis Al Islahiah bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga 11:30 pagi. Antara NADI yang terlibat adalah NADI Batas Lintang, NADI Tambun Tulang dan NADI Padang Besar Selatan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran moto tangan dan mengenali warna dalam kalangan pelajar tadika.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa program Colouring Totebag Cartoon adalah pelajar mengenali warna-warna basic seperti primary warna iaitu Merah, Biru, Hijau, dan Kuning. Seterusnya, pelajar mewarna di atas totebag yang diberikan oleh staf NADI.
Dengan adanya program seperti ini, ianya memberikan pengetahuan kepada pelajar tadika dan guru tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, pelajar dapat meningkatkan lagi moto tangan mereka. Melalui program ini, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar, iaitu Tadika Islam Perlis Al Islahiah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: