NADI MAHIR Masak sesi 1 - iii
6 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 05 Januari 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Masak sesi 1 - iii. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 04:00 petang sehingga pukul 05:00 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, peserta telah menyedikan bahan untuk pembuatan Mocktail seperti air, cawan, buah-buahan dan sebagainya. Seterusnya, melalui bimbingan guru MAHIR, peserta telah berjaya menyediakan Mocktail.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta mengenai Mocktail. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf, guru MAHIR dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: