NADI X ENTERPRENEUR : eKelas Usahawan - Gunakan AI untuk mencipta kandungan yang menarik & pantas! (Modul 3)
25 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 24 Julai 2025, telah berlangsung NADI NADI X ENTERPRENEUR : eKelas Usahawan - Gunakan AI untuk mencipta kandungan yang menarik & pantas! (Modul 3). Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 12:00 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang Webinar ini berlangsung, Encik Azhar memberi penerangan mengenai apa itu penulisan kreatif. Encik Azhar memberi penerangan mengenai elemen penting dalam penulisan kreatif yang baik contohnya, jelas, menarik, persuasif dan panggilan untuk bertindak. Selain itu, Encik Azhar memberi penerangan mengenai penulisan kreatif menggunakan AI. Antara lain, Encik Azhar memberi penerangan mengenai mengaplikasikan konsep penulisan copy dengan bantuan Ai seperti memilih platform dan format, kenal pasti tujuan, hasilkan prompt AI, cipta copy dan perhalusi dan personalisasi. Seterusnya, Encik Azhar memberi penerangan mengenai pencipta prompt iaitu tujuan copy, kumpulan sasaran, nada dan gaya, nilai tawaran dan seruan untuk bertindak (CTA). Encik Azhar menerangkan sebab menggunakan AI unuk visual iaitu menjimatkan masa dan kos, mempercepat proses kreatif dan boleh digunakan oleh bukan pereka grafik. Akhir sekali, Encik Azhar memberi penerangan mengenai penyesuaian kandungan visual seperti padankan dengan identiti jenama, perhalusi latar belakang, ekspresi, warna dan gunakan elemen lokal.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta tentang kegunaan AI untuk mencipta kandungan yang menarik & pantas. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan di antara staf NADI dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: