Wellbeing Podcast NADI Care_MenWell - Dulu Tak Sunat, Sekarang Nak Sunat – Apa Lelaki Patut Tahu?
25 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 24 Julai 2025, telah berlangsung Wellbeing Podcast NADI Care_MenWell - Dulu Tak Sunat, Sekarang Nak Sunat – Apa Lelaki Patut Tahu? Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 12:00 tengah hari sehingga pukul 01:00 tengah hari. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang Podcast ini berlangsung, peserta menonton Youtube Dulu Tak Sunat, Sekarang Nak Sunat – Apa Lelaki Patut Tahu?. Dr Nadzlee Harith bin Paisol, Pakar Bedah dan Pensyarah, HSAAS UPM memberi penerangan bila perlu sunat dan Wajib ke dari segi kesihatan? Selain itu, Dr Nadzlee Harith menerangkan perbezaan sunat sewaktu bayi dan dewasa. Seterusnya, Dr Nadzlee Harith menerangkan teknik moden: Guna laser, clamp dan potong biasa. Selain itu, Dr Nadzlee Harith menerangkan masa yang diambil untuk pulih. Akhir sekali, Dr Nadzlee Harith menerangkan kemungkinan akan ada atau tidak penyakit seperti kencing manis atau masalah kulit.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta tentang sunat. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan di antara staf NADI dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: