Forum MAHIR bersama Komuniti
6 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 05 Julai 2025, telah berlangsung Forum MAHIR bersama Komuniti. Taklimat ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 10:30 pagi. Tujuan taklimat ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kelas MAHIR yang bakal dijalankan di NADI.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa Forum MAHIR bersama Komuniti ini adalah penerangan mengenai MAHIR iaitu Masak, Jahit, Foto, Baiki Gajet, dan Pertanian Pintar. Selain itu, Guru MAHIR memberitahu mengenai hari bagi kelas yang akan dijalankan iaitu pada hari Isnin – Jumaat sahaja. Akhir sekali, Guru MAHIR memperkenal guru-guru yang akan mengajar untuk setiap MAHIR yang ada.
Dengan adanya taklimat seperti ini, ianya memberikan pengetahuan tentang NADI MAHIR kepada peserta yang datang. Melalui program ini, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan komuniti yang hadir.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: