dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Wellbeing WEBINAR FlourisHER – Rancang Keluarga Bukan Tangguh Rezeki – Tapi Satu Tanggungjawab

5 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 04 Julai 2025, telah berlangsung Wellbeing WEBINAR FlourisHER – Rancang Keluarga Bukan Tangguh Rezeki – Tapi Satu Tanggungjawab. Webinar ini berlangsung secara atas talian (Youtube) di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 10:30 pagi sehingga pukul 11:30 pagi. Tujuan Webinar ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.

Sepanjang Webinar ini berlangsung, peserta menonton Youtube mengenai Rancang Keluarga Bukan Tangguh Rezeki – Tapi Satu Tanggungjawab. Speaker pada hari ini Dr. Mumtazah bt Mohd Alauddin berkongsi mengenai kisah benar yang berlaku iaitu rahim pecah, keguguran dan kemurungan akibat jarak kehamilan terlalu dekat. Dr. Mumtazah memberi penerangan mengenai langkah yang boleh diambil oleh suami isteri iaitu menentukan bilangan anak yand diingini, menentukan jarak antara kehamilan dan pemilihan cara yang sesuai dan selamat. Selain itu, Dr. Mumtazah menerangkan mengenai golongan yang perlu berjaga-jaga iaitu ibu yang bersalin, pasangan yang baru berkahwin dan belum bersedia mempunyai anak, pasangan yang tidak mampu dari segi kewangan dan emosi, wanita dalam masalah kesihatan serius dan pasangan yang telah mempunyai bilangan anak yang mencukupi. Akhir sekali, Dr. Mumtazah menerangkan kaedah merancang seperti kaedah semulajadi, pemandulan, alat dalam rahim dan kaedah halangan.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta tentang Rancang Keluarga Bukan Tangguh Rezeki – Tapi Satu Tanggungjawab. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan di antara staf NADI dan peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.