NADI MAHIR Pertanian Pintar sesi 1 - 12
27 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 26 April 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Pertanian Pintar sesi 1 - 12. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 11:00 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, guru MAHIR mengadakan kelas ulangkaji penerangan pengenalan asas tanaman. Seterusnya, guru MAHIR menerangkan apa itu Fertigasi, takrif, keperluan asas dan aplikasi. Antara lain, guru MAHIR menerangkan kelebihan dan kekurangan fertigasi. Akhir sekali, guru MAHIR menerangkan keperluan baja untuk fertigasi.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran pertanian bagi peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: