Tiny Techies : Bengkel Tiny Techies Bersama NADI sesi 2
25 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 24 April 2025, telah berlangsung Taklimat Tiny Techies : Bengkel Tiny Techies Bersama NADI sesi 2. Taklimat ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 11:50 pagi. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang taklimat ini berlangsung, pihak Tiny Techies menerangkan tujuan program diadakan iaitu meningkatkan kemahiran teknologi, memupuk kreativiti & inovasi serta meningkatkan keyakinan untuk bersaing di peringkar yang lebih tinggi. Seterusnya, pihak Tiny Techies menerangkan mengenai sembilan elemen program . Selain itu, pihak Tiny Techies menerangkan mengenai sasaran peserta . Akhir sekali, pihak Tiny Techies menerangkan mengenai agihan lima Kit Tiny Techies yang akan dihantar kepada setiap NADI.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan staf NADI tentang Tiny Techies. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan antara NADI dan pihak Tiny Techies.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: