NADI MAHIR Menjahit sesi 1 - ix
22 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 21 April 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Menjahit sesi 1 - ix. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 11:30 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, guru MAHIR memberikan penerangan kepada peserta tentang cara untuk menjahit cantuman baju dan juga lengan baju. Seterusnya, guru MAHIR memberi contoh jahitan yang digunakan pada bahagian tersebut.Akhir sekali, guru MAHIR menerangkan tips2 untuk menjahit getah pada kain baju kurung serta cara untuk menjahit hujung kain baju kurung.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran menjahit para peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: