NADI MAHIR Pertanian Pintar sesi 1 - 11
20 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 19 April 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Pertanian Pintar sesi 1 - 11. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 11:00 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, guru MAHIR memberi penerangan mengenai pengurusan ladang dan sistem sokongan pertanian. Selain itu, guru MAHIR memberi penerangan mengenai fungsi pengurusan seperti merancang, menyelaras, perjawatan, mengarah dan mengawal. Seterusnya, guru MAHIR memberi penerangan mengenai perniagaantani. Akhir sekali, guru MAHIR menerangkan mengenai impak perubahan cuaca contohnya produktiviti, kesan alam sekitar, serangga perosak, penyakit tumbuhan dan sumber air.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran pertanian bagi peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: