NADI eSukan LMS : Modul Literasasi Digital & Masa Depan Komuniti
20 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 19 April 2025, telah berlangsung NADI Esukan LMS : Modul Literasasi Digital & Masa Depan Komuniti. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 10:30 pagi. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, peserta melihat video Modul Literasasi Digital & Masa Depan Komuniti. Peserta menonton video mengenai objektif modul seperti memahami potensi e-Sukan sebagai kerjaya dan platform pembangunan diri, menyedari kesan posotif e-Sukan terhadap komuniti luar bandar dan menginspirasikan peserta untuk menggunakan e-Sukan secara sihat dan berimpak. Seterusnya, peserta menonton video tentang apa itu e-Sukan, industri e-Sukan sedunia, peluang kerjaya dalam e-Sukan, cerita inspirasi tempatan, kesan positif kepada pemain, kesan positif kepada komuniti, mitos vs realiti dan sebagainya. Akhir sekali, peserta menonton video mengenai perbezaan e-Sukan vs main biasa.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat membina hubungan baik diantara pihak pengurusan NADI dan peserta. Selain itu, dapat menggalakan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: