dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

DiLea Webinar Berkala English sesi 1 - ii

20 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 19 April 2025, telah berlangsung DiLea Webinar Berkala English sesi 1 - ii. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 02:30 petang sehingga pukul 04:30 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.

Sepanjang kelas ini berlangsung, pelajar belajar mengenai Speaking & Writing iaitu menggunakan tatabahasa dan kosa kata yang betul ketika berinteraksi secara formal dan tidak formal, selain itu dapat membangunkan kemahiran menulis ayat dan perenggan yang gramatis dan tersusun. Antara lain, pelajar belajar Vocabulary iaitu memperluas penguasaan kosa kata yang relevan dengan pelbagai topik harian dan akademik. Melalui Vocabulary, pelajar dapat menggunakan kosa kata yang pelbagai dalam penulisan dan pertuturan untuk mengekspresikan idea dengan lebih jelas dan menarik.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran subjek bahasa Inggeris para pelajar. Seterusnya, dapat menggalakkan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.