DiLea BM sesi 1 - 9
11 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 Ogos 2025, telah berlangsung DiLea BM sesi 1 - 9. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 02:15 petang sehingga pukul 03:15 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, Guru DiLea membuat ulangkaji karangan bagi bahan rangsangan. Seterusnya, pelajar belajar cara untuk membuat karangan mengenai pendapat tentang tarian kebudayaan kepada remaja di Malaysia. Selain itu, pelajar menjawap soalan latihan bagi pendapat tentang industri pelancongan di negara kita. Akhir sekali, pelajar menjawap soalan latihan bagi pendapat tentang rasuah.
Dengan adanya kelas seperti ini, dapat menggalakkan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan serta membina hubungan baik diantara staf NADI, pelajar dan pihak DiLea.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: