NADI Tiny Techies_Bengkel Unboxing Kit Tiny Techies_Robotic (Sek Ren)
10 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 09 Ogos 2025, telah berlangsung NADI Tiny Techies_Bengkel Unboxing Kit Tiny Techies_Robotic (Sek Ren). Program ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 11:00 pagi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, Dr. Sukreen Hana Herman menerangkan mengenai komponen-komponen yang terdapat untuk sesi unboxing kit Tiny Techies robotic seperti micro:bit board, obstacle sensor (5pcs), battery holder and 2 batteries, motor and wheel, line tracking sensor (5pcs), nut and screw, body robot dan sebagainya. Selain itu, Dr. Sukreen Hana Herman menerangkan mengenai ciri-ciri micro:bit (muka belakang) iaitu radio dan bluetooth, processor / sensor suhu, kompas dan accelerometer. Seterusnya, Dr. Sukreen Hana Herman menerangkan cara untuk memasang peranti dan memuat turun fail koding micro:bit. Akhir sekali, Dr. Sukreen Hana Herman menunjukkan cara untuk menguji sensor intrared proximity iaitu micro:bit, screw driver, usb cable, jumper wire dan sebagainya.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta mengenai Kit Tiny Techies. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan antara staf NADI dan pihak Tiny Techies.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: