NADI X ENTERPRENEUR - NADI KIDVENTURE : Perancangan Kewangan
10 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 09 Ogos 2025, telah berlangsung NADI X ENTERPRENEUR - NADI KIDVENTURE : Perancangan Kewangan. Program ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 11:00 pagi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencapai road to 1 million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, Encik Ismith Ilham memberi penerangan mengenai apa itu pengurusan kewangan. Encik Ismith Ilham turut memberi penerangan mengenai kenapa pengurusan kewangan itu penting. Selain itu, Encik Ismith Ilham memberi penerangan mengenai rekod kewangan seperti laporan jualan, dokumen belian, bukti pembayaran dan penyata bank. Seterusnya, Encik Ismith Ilham memberi penerangan mengenai aliran tunai masuk seperti hasil jualan, pelaburan dan pinjaman dan keluar seperti bayar gaji, bayar bil dan beli stok. Antara lain, Encik Ismith Ilham memberi penerangan mengenai apa itu bajet, contoh bajet dan tips sediakan bajet. Akhir sekali, Encik Ismith Ilham memberi penerangan mengenai perbezaan diantara cukai dan zakat.
Dengan adanya program seperti ini, dapat memberi pengetahuan kepada peserta mengenai perancangan kewangan serta membina hubungan baik diantara staf NADI dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: