NADI MAHIR Masak sesi 2 - iii
9 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 08 Ogos 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Masak sesi 2 – iii. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 11:00 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, Guru MAHIR memberi peneragan mengenai sejarah mocktail iaitu sejenis minuman tanpa alkohol terdiri daripada campuran buah-buahan dan juga perasa yang bebas alkohol. Guru MAHIR turut menerangkan mengenai peralatan asas dalam penyediaan mocktail seperti spoon, jigger, shaker, muddler, plastic cup, measurement cup dan strainer. Selain itu, Guru MAHIR memberitahu resepi Mojito Orange Juice dan Mojito Soda Herbs. Seterusnya, peserta bersama-sama Guru MAHIR membuat resepi Mocktail. Akhir sekali, Guru MAHIR memberitahu peralatan yang perlu dibawa pada minggu ke empat iaitu plastiv cup, cawan – 200 ml, sudu kecil, milk pitcher, kettle dan french press.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran memasak peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: