NADI MAHIR Baiki Gajet sesi 2 - iii
9 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 08 Ogos 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Baiki Gajet sesi 2 - iii. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 03:00 petang sehingga pukul 04:30 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, Guru MAHIR memberi penerangan mengenai peringkat awal telefon bimbit antaranya telefon bimbit generasi pertama (1G), Telefon Bimbit Generasi Kedua (2G), IBM Simon (1994), Nokia 9000 Communicator (1996), Palm Treo (2002), BlackBerry (2003), Iphone (2007), Android (2008), Telefon Pintar dengan Teknologi 4G dan g5 dan kecerdasan Buatan (AI) dan Pembelajaran mesin. Selaini itu, Guru MAHIR memberi penerangan mengenai komponen yang terdapat dalam telefon bimbit serta fungsi dan ciri-cirinya seperti bateri, skrin LCD / OLED, Papan pengecas, Papan Utama, Camera, Speaker dan Mikrofon. Akhir sekali, Guru MAHIR menerangkan mengenai jenis-jesis kerosakan yang boleh berlaku seperti bateri cepat habis, skrin pecah atau tidak berfungsi, port pengecasan rosak atau tidak berfungsi, telefon terjatuh ke dalam air, masalah perisian atau Hang, tidak boleh dihidupkan, masalah panggilan atau mikrofon dan telefon panas, singal lemah atau tidak stabil.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran baiki gajet para peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: