NADI MAHIR Foto sesi 2 - Kelas 2 - iii
6 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 05 Ogos 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Foto sesi 2 - Kelas 2 - iii. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 11:00 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, peserta menjawap soalan kuiz yang diberikan. Seterusnya, Guru MAHIR Foto menerangkan mengenai apa itu mobilegrapgh, ciri-ciri mobilegrafi, kelebihan dan penjelasan mobilegrafi, cabang fotografi seperti street photography, travel photography, potrait photography, flat lay, dan mobile videography. Akhir sekali, Guru MAHIR Foto menerangkan mengenai perbezaan diantata fotografi dan mobilgrafi, perbezaan diantara iphone dan android.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran fotografi peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: