Kempen Internet Selamat Kempen Internet Selamat - My Idol Character di UniMAP
6 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 05 Ogos 2025, telah berlangsung Kempen Internet Selamat Kempen Internet Selamat - My Idol Character di UniMAP. Program ini berlangsung di UniMAP Pauh bermula pada pukul 08:00 pagi sehingga pukul 02:00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran mengenai Internet dalam kalangan pelajar sekolah rendah.
Sepanjang program ini berlangsung, Staf NADI mengajar tepuk kapten KDat kepada para pelajar. Staf NADI memberi penerangan mengenai literasi digital iaitu aplikasi dan fungsi-fungsi aplikasi internet seperti google untuk mencari maklumat, fakta dan jawapan di internet. Seterusnya, staf NADI memberi penerangan mengenai had umur penggunaan median sosial iaitu 13 tahun keatas sahaja dibenarkan mempunyai akaun media sosial. Selain itu, staf NADI memberi penerangan mengenai bahaya media sosial 1 seperti Kandungan Merbahaya, Kandungan Ganas, Ucapan Kebencian dan Buli Siber. Antara lain, staf NADI memberi penerangan mengenai bahaya media sosial 2 contohnya membezakan kandungan selamat dan tidak senonoh, kandungan tidak senonoh dan lucah, pengantunan seksual dalam talian, tanda-tanda bahaya dan kuiz betul atau salah. Akhir sekali, staf NADI memberi penerangan mengenai alternatif kepada media sosial seperti National Geografic Kids, Google Arts and Calture, dan sebagainya.
Dengan adanya program seperti ini, dapat memberi kesedaran kepada pelajar sekolah mengenai bahayanya internet serta membina hubungan baik diantara staf NADI, pelajar dan pihak MCMC.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: