Tiny Techies Bersama NADI
7 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 06 Mac 2025, telah berlangsung Tiny Techies Bersama NADI. Taklimat ini berlangsung secara atas talian iaitu Goole Meet bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 11:00 pagi. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang taklimat ini berlangsung, encik Areehan Abdullah menerangkan mengenai tujuan program diadakan. Seterusnya, encik Areehan Abdullah menerangkan mengenai Future Skill For All (FS4A) iaitu pilih, tonton, cuba, baca, jawap dan Semak. Selain itu, encik Areehan Abdullah menerangkan mengenai Mentor iaitu pemahan teknikal, pengalaman dan strategi dan motivasi sokongan dan kolaborasi berpasukan. Akhir sekali, encik Areehan Abdullah menerangkan mengenai pertandinga Sumo yang akan diadakan bagi peringkat sekolah rendah dan pertandingan inovasi bagi peringkat sekolah menengah.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan staf NADI tentang Tiny Techies. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan antara NADI dan pihak pengurusan Tiny Techies.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: