NADI MAHIR Menjahit sesi 1 - v
4 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 03 Mac 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Menjahit sesi 1 - v. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 10:30 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, guru MAHIR telah memberi penerangan mengenai topik pada minggu keenam iaitu peralatan yang perlu untuk menjahit apron iaitu mesin jahit, bebenang, alatan mengukur, alatan menanda, alatan menggunting dan alatan pilihan seperti iron board, seterika dan botol spray. Seterusnya, guru MAHIR menerangkan mengenai mendraf pola dan menggunting apron. Guru MAHIR turut menerangkan mengenai bahan dan alatan yang perlu dibawa oleh peserta iaitu fabrik cotton, bahan mendraf pola, alatan mengukur, alatan menggunting dan alatan menanda. Selain itu, guru MAHIR menerangkan ciri-ciri apron seperti kocek tampal, tali penyangkut pada leher dan tali pengikat. Akhir sekali, guru MAHIR menerangkan mengenai simbol asas pada pola apron.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran menjahit para peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: