NADI MAHIR Baiki Gajet sesi 2 - 10
27 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 26 September 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Baiki Gajet sesi 2 - 10. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 03:00 petang sehingga pukul 04:30 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, Guru MAHIR menerangkan mengenai 10 langkah untuk membuka dan memasang iPhone iaitu keluarkan Kad Sim, Tanggalkan Skru Pentalobe, Panaskan di bahagian tepi dan bawah, masukkan alat pembuka, pisahkan pelakat atas, buka iPhone, tanggalkan skru penutup penyambung bateri, tanggalkan penyambung bateri, tanggalkan penyambung, dan tanggalkan bateri.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran baiki gajet para peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: