NADI MAHIR Masak sesi 2 - 10
27 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 26 September 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Masak sesi 2 – 10. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 11:00 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, Guru MAHIR menerangkan mengenai bahan-bahan toping pizza bagi Hawaiian Chicken Pizza Pizza, Beef Pepperoni Pizza dan Vegetarian Pizza seperti pizza base, sos pizza, capsicum, isi ayam dan sebagainya. Seterusnya, Guru MAHIR menerangkan mengenai peralatan yang diperlukan untuk penyediaan Red Velvet Soft Cookies. Selain itu, Guru MAHIR menerangkan mengenai senarai bahan mentah dan sukatan Red Velvet Soft Cookies contohnya butter – 125gm, gula kaster -100gm, telur A/B -1biji dan sebagainya. Akhir sekali, Guru MAHIR menerangkan mengenai perbezaan diantara Soda Bikarbonat dan Baking Powder.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran memasak peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: