dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

NADI MAHIR Menjahit sesi 1 - iv

25 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Februari 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Menjahit sesi 1 - iv. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 10:30 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.

Sepanjang kelas ini berlangsung, guru MAHIR telah memberi penerangan mengenai topik minggu kelima iaitu mendraf dan memotong apron serta bahan dan alatan yang perlu dibawa iaitu fabrik cotton, bahan mendraf pola, alatan mengukur, alatan menggunting dan alatan menanda. Seterusnya, guru MAHIR menerangkan mengenai pengenalan asas jahitan tangan dan mesin. Antara lain, guru MAHIR menerangkan mengenai jahitan kekal, jahitan sementara dan jahitan pengemas. Akhir sekali, guru MAHIR menerangkan mengenai alatan dan bahan jahitan asas tangan dan mesin seperti kain cotton, benang jahit, jarum peniti, jarum jahit tangan, kapur tukang jahit dan snipper.

Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran menjahit para peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.