Nadi Esukan_Program Webinar Introduction To Conceptual Design
24 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 23 Ogos 2025, telah berlangsung NADI eSukan_PROGRAM WEBINAR INTRODUCTION TO CONCEPTUAL DESIGN. Program ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:00 pagi sehingga pukul 01:00 tengah hari. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang program ini berlangsung, peserta dapat memahami apa maksud conceptual design. Selain itu, peserta dapat belajar cara untuk mendapat idea dan kembangkan jadi konsep. Seterusnya, peserta dapat belajar teknik mudah macam mind map, lakaran dan moodboard. Antara lain, peserta dapat memahami contoh design dalam dunia sebenar (produk, apps, game dan lain-lain). Akhir sekali, ktiviti hands-on diadakan dan peserta dapat hasilkan idea sendiri.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran Conceptual Design para peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: